Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar  untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan  demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila  salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu  hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda  kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun  menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih  bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!
Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan,  anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda.  Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula  mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda  untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah. 
Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda  yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat  kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan  juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda.  Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa  sebenarnya yang berlaku. 
Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah  berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang  sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak  menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong  mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas  dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga. 
Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan  mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih  berhati-hati. 
 Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini  tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka  cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih.  Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka.  Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan  asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati. 
Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang  salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan  panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon  dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan  untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah,  rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan.  Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan. 
Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini,  terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan  menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak  menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka  melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang  mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui  segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya. 
Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin,  hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka  menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan  dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan  kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang  merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda  dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk  membongkarkannya. 
Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan  menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya  diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada  2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada  kebiasaannya, pasangan tidak  akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya  mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya  perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada  menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan. 
Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental  value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba  melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka.  Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah  tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar  atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki  sesuatu.
No comments:
Post a Comment