Tuesday, 20 December 2011

Pembedahan Bina Semula Payudara Menggunakan Kulit Babi


Claire Barrell, 35 telah melakukan pembedahan membina semula payudaranya menggunakan kulit babi.

Akhbar The Sun melaporkan, Barrell yang berasal dari United Kingdom menghidap barah payudara dan disarankan harus membuang payudara kanan untuk menyelamatkan nyawanya.

Menurut Barrell: "Saya sering bermain tenis, jadi saya tak mahu pergerakan bahu saya terhalang namu saya tidak memiliki daging perut yang cukup untuk ditampal ke payudara"

"Saya boleh memilih silikon, tapi saya tak mahu memiliki payudara palsu yang tidak boleh bergerak"

"Saya diberitahu bahawa tisu babi sesuai dengan badan manusia dan akan dirasai seperti daging yang semulajadi dan ianya benar"

"Walaupun ia agak sedikit keras, berbanding payudara yang satu lagi, anda tidak dapat membezakannya. Bila saya memakai coli, kedua-dua mangkuk coli saya penuh - ia benar-benar menakjubkan," tambahnya lagi.

Barrel merupakan seorang wanita yang sentiasa sibuk, sama seperti wanita-wanita lain di seluruh dunia. Pembedahannya menelan belanja sekitar £35,000 (RM173,100) yang ditanggung sepenuhnya oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

Penasihat perniagaan itu berkata: "kini diri saya juga sebahagian dari babi. Oleh kerana ia merupakan satu prosedur baru, sepuluh orang pakar bedah mengawasi saya sepanjang pembedahan dijalankan".

Kulit babi yang dihantar ke hospital telah dibungkus lebih awal oleh sebuah syarikat di Amerika.

Terdapat sebuah kantung kecil dan sebuah pam di bawah kulit yang akan mengembang di dalam beberapa bulan untuk menyesuaikan bentuk dan saiznya.

Pada kebiasaannya, pembedahan payudara akan melibatkan penggunaan tisu daripada bahagian lain pada badan pesakit.

Namun amalan itu menyakitkan serta meninggalkan banyak kesan parut.

Teknik pembedahan terbaru ini memberikan harapan baru kepada ribuan wanita di luar sana yang dikesan menghidapi kanser payudara setiap tahun.

Bagimanapun tidak semua wanita boleh memilih teknik pembedahan seperti ini.

Menurut Claire: "Para doktor beranggapan saya merupakan calon yang ideal kerana saya muda dan aktif. Sekiranya badan anda tidak sihat, ia akan menolak kulit babi ini".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...