BEBERAPA pekerja menyiapkan sebuah pesawat African Skyhawk di belakang rumah ibu Chris Nsamba di Ntinda pada 11 November lalu.
NTINDA,  Uganda - Pengasas Program Penyelidikan Angkasa Lepas Afrika, Chris  Nsamba dianggap gila oleh sejumlah orang kerana dia mahu mengendalikan  projek untuk menghantar rakyat Uganda ke angkasa lepas.
Dia yang  merupakan seorang jurutera aeronautik akan melancarkan sebuah pesawat ke  angkasa lepas dari pekarangan belakang rumah ibunya di sini.
Nsamba  menyasarkan penerbangan angkasa lepas itu pada dekad akan datang dengan  menggunakan sebuah pesawat African Skyhawk yang dalam pembinaan.
Pesawat itu dibina dengan menggunakan beberapa pekerja sukarela di pekarangan belakang rumah ibunya. - Agensi
 
No comments:
Post a Comment