Wednesday 8 February 2012

Kekasih Spiderman



ELOK benarlah Andrew Garfield dan Emma Stone sekarang sedang bercinta, kerana tidak lama lagi mereka akan menghabiskan banyak masa bersama-sama.Pasangan terkenal itu memulakan promosi filem terbaru mereka, “The Amazing Spider-Man” di Tokyo, Jepun baru-baru ini dan mereka kelihatan dilamun cinta.

Filem itu, yang akan ditayangkan pada musim panas ini, yang menemukan mereka dan mereka mengesahkan hubungan cinta mereka lewat tahun lalu.


Ketika duduk bersebelahan ketika sidang media, Garfield tidak dapat melarikan pandangannya daripada teman wanitanya, dan mereka saling tersenyum.


Bintang “The Social Network” itu mengenakan baju denim warna biru dengan lengan baju berwarna coklat muda, menjawab soalan mengenai watak adiwira yang dilakonkannya.Emma pula kelihatan jelita dengan skirt pendek hitam yang dikenakan dengan blaus benang kait warna krim, menyerlahkan kulit tubuhnya yang putih melepak.


Dia membiarkan rambut coklat kemerah-merahannya kerinting lembut, bebas dan gembira bergaya bersama teman lelakinya dan produser filem itu, Avi Arad dan Matthew Tolmach.


Filem Spiderman terbaru itu melihat Garfield mengambil alih watak Peter Parker dari bekas bintang Spiderman, Toby Maguire, yang berjuang dengan masalah seharian seperti orang biasa, juga mempunyai kuasa ajaib.


Emma berlakon sebagai Gwen Stacy, kekasih Peter dan dalam gambar yang diambil daripada filem itu wataknya bermula ketika menghadiri satu pengebumian.


Di belakangnya pula kelihatan beberapa orang pegawai polis, di mana pemerhati percaya ia petunjuk bahawa mereka hadir untuk upacara pengebumian bapanya, Kapten Polis, George Stacy – yang dilakonkan oleh Denis Leary.


Kapten Stacy mengetahui rahsia Peter tetapi dia dibunuh oleh Doctor Octopus – dan ketika dia terbaring, dia meminta Peter untuk menjaga anak perempuannya.


Filem yang diarahkan oleh Marc Webb, turut dibintangi oleh Rhys Ifans sebagai “The Lizard”, Martin Sheen sebagai pakcik Parker, Ben dan Sally Field yang berlakon sebagai isterinya, May.

Menurut Screenrant.com, penerbit Arad baru-baru ini mendedahkan filem itu masih mengekalkan ciri-ciri seperti dalam francais buku komik itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...