Pada 7 April 2011 yang lalu, kecoh satu Malaysia apabila akhbar Kosmo mendedahkan tentang kehadian telur palsu yang dah mula merayap masuk ke pasaran tempatan di Malaysia.
Sebenarnya, jika di China, telur-telur tiruan ini bukanlah sesuatu yang pelik lagi malah boleh dikatakan mereka di sana setiap hari tidak lagi dapat membezakan samaada mereka makan telur yang asli atau yang tiruan.
Bagaimanakah telur tiruan ini dibuat?
Menggunakan 7 jenis bahan kimia, lihat gambar di bawah:
Telur palsu dibuat dari karbonat, pati, resin, gelatin, alum dan produk kimia lain.
Langkah 2
Masukkan telur mentah ke dalam bekas hingga 2/3 penuh kemudian campurkan kalsium klorida dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning ia menjadikannya kuning telur.
Langkah 3
Kuning telur palsu di tuang ke dalam acuan.
Langkah 4
Rendam dalam kalsium karbonat.
Langkah 5
Kulit telur di bentuk dengan merendam ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan sehingga kering.
Akhir sekali telur palsu siap. Kulit telur palsu sangat rapuh dan mudah pecah.
Banyak gelembung kecil yang terbentuk semasa menggoreng telur tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakannya.Telur nampak seperti telur sebenar dan rasa telur palsu lebih baik daripada yang sebenar.
Kenapa mereka membuat telur palsu?
Jawapannya tentulah kerana wang. Kos telur palsu cuma 0.55 Yuan/kg sedangkan harga pasaran telur asli adalah 5.60 Yuan/kg. Walau bagaimana pun telur ini akan menyebabkan keracunan makanan jika di makan. Jadi kepada rakyat Malaysia berhati-hatilah semasa membeli telur.
No comments:
Post a Comment