Tuesday, 20 December 2011

Kod-Kod Yang Mengandungi Lemak Babi




Dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya mengambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Ini selaras dengan prinsip Islam.

Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram atau cop halal yang palsu. Yang ada hanyalah cop haram.

Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Sebaliknya, semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan menampal cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak.

Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya makanlah apa pun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itu barulah namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo pun, untuk negara luar yang bukan Islam.

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi S.A.W begitu luas dalam soal makanan halal ini. Oleh sebab itu, apabila kaum yang baharu menganut Islam berkata Nabi S.A.W :

Maksudnya : "Sesungguhnya satu kuam membawa kepada kami daging yang tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak. Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi S.A.W : "kamu sebutlah nama Allah dan makanlah."
( Riwayat Bukhari )

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah S.W.T semasa hendak makan dan makanlah. Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicermari atau kita sengaja menyempitkan pemikiran dan diri.


 KOD-KOD YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...