Bintang filem 'Twilight', Taylor Lautner, menjadi muka depan majalah 'People' edisi 7 Januari 2012. Dalam kulit majalah tersebut menyebutkan pengakuan Lautner bahawa dirinya adalah seorang gay atau penyuka sesama jenis.
Berjudul 'Exclusive Taylor Lautner: Out & Proud', sebuah kalimat yang menyebut bahawa Lautner sudah letih digosipkan juga terpampang di kulit majalah itu. Selain itu, kalimat bahawa Lautner lebih bahagia dan bebas juga ada ditambahkan.
Untungnya, kulit majalah yang ramai muncul di internet itu adalah angkara tangan-tangan jahil.
Perwakilan majalah People pun menyebut kulit majalah tersebut benar-benar palsu. Kolum tepi yang menyertakan berita tentang Brad Pitt dan Carnie Walson diambil dari kulit majalah People edisi Mei 2006.
Seperti dipetik dari laman Aceshowbiz, produser Russel Simmons kemudian membantah tajuk tersebut melalui akaun Twitter-nya. "Saya kecewa dengan orang yang membuat jenaka soal orientasi seksual orang lain. Biarkan Taylor Lautner jadi apapun yang dia inginkan," kata Simmons.
No comments:
Post a Comment