Friday, 1 March 2013

Tiga Perogol Dilepaskan Kerana Masih Teruna


HANOI - Seorang wanita yang merupakan pakar akupuntur Vietnam, Pham Thi Hong menjadi selebriti apabila dia berjaya membantu membebaskan tiga lelaki yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol setelah mereka didapati masih teruna.
Pada mulanya, seorang pesalah itu, Nguyen Dinh Kien dirawat oleh wanita tersebut empat tahun lalu.
Wanita itu kemudian mendapati terdapat beberapa bintik merah di belakang telinga lelaki itu yang menunjukkannya masih teruna sekali gus tidak bersalah merogol seorang gadis berusia 20 tahun pada 2008.
Dia kemudian mendapati dua lagi rakan lelaki itu mempunyai bintik sama yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak pernah melakukan hubungan seks.
Wanita itu kemudian melancarkan kempen untuk membebaskan mereka dan usahanya berjaya apabila Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet mengarahkan kes tersebut dibuka semula.
Hasilnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Januari lalu selepas para penyiasat mendapati terdapat kekurangan bukti dalam kes tersebut.
Bintik di belakang telinga itu hanya akan hilang selepas lelaki bersetubuh dengan wanita tetapi ia tidak terjejas jika hubungan seks sesama jantina.
"Ada titik merah kecil di belakang telinga ketiga-tiga kerana bintik itu akan hilang dengan sendiri jika mereka melakukan persetubuhan," kata Hong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...