JOHOR
BAHRU: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada
harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada
dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di
sini, semalam.
Suami
Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga
mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk
memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak
dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi
menuntut hutang terbabit.
Fatimah
yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh
salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu
dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment