Tuesday, 10 January 2012

Inilah Robot Yang Dapat Menyelinap Di Tempat-Tempat Sempit


Saintis dari Universiti Harvard berjaya mencipta robot perisian yang boleh menyelinap di celah-celah sempit. Hasil pembangunan ini telah diterbitkan di jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

George M Whitesides adalah seorang pakar kimia yang telah mengetuai projek ini. Dia mengatakan bahawa pembuatan robot ini diinspirasi oleh alam, terutama oleh sotong, bintang laut, dan haiwan kecil lain.

“Kemampuan robot perisian ini untuk mendeformasi diri dan membolehkannya bergerak di tempat di mana robot-robot tradisional tidak mampu,” kata Matthew Walter, iaitu pakar robot Massachusets Institute of Technology, Amerika Syarikat.

Robot yang dibangunkan ini mempunyai panjang 12.7 sentimeter dan empat kaki yang boleh dikawal dengan mengepam udara dari alat pergerakannya secara manual ataupun melalui komputer. Robot ini boleh bergerak dengan merangkak ataupun merayap.

Semasa ujian, robot ini berjaya menyelinap di panel kaca yang saiz celahnya hampir 2 cm. Robot juga telah 15 kali diuji untuk menyelinap di celah sempit dan hanya memerlukan kurang dari seminit untuk melakukannya.

Aplikasi robot perisian di dunia nyata masih menghadapi cabaran. Robot harus disambungkan oleh sumber dan saintis perlu mencari cara untuk mengintegrasikannya.

Selain itu, saintis masih perlu berusaha meningkatkan kelajuan pergerakkan robot. Robot ini juga diharapkan boleh beroperasi di kawasan lumpur, batu-batu kecil, sehingga lah di atas pakaian.

“Terdapat banyak cabaran untuk mengaktifkan robot perisian dan tiada penyelesaian yang mudah,” kata Barry Trimmer, pakar neurobiologi dari Universiti Tufts, seperti dipetik melalui laman Associated Press, Selasa (29/11/2011).

Carmel Majidi, penyelidik robot dari Makmal Mesin Perisian di Universiti Carnegie Mellon, berkata, kajian ini sangat inovatif. “Ini adalah konsep yang mudah, tetapi akan mempunyai gerakan yang hampir serupa dengan makhluk hidup,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...