Tuesday, 10 January 2012

Video: Remaja Wanita 17 Tahun Disebat 37 Kali Kerana Bertemu Kekasih


Satu klip video yang dirakam menerusi telefon bimbit menunjukkan seorang remaja perempuan Pakistan berumur 17 tahun disebat 37 kali oleh anggota Taliban di Lembah Swat, 140 kilometer dari Islamabad.
 
Remaja itu disebat kerana dia menemui seorang lelaki yang bukan suaminya.

 
Imej itu menunjukkan beberapa orang memegang tubuh remaja tersebut yang dibaringkan di atas tanah dan memakai pakaian burqa.

 
Seorang lelaki memegang kaki remaja itu dan seorang individu lagi memegangnya di bahagian kepala manakala lelaki ketiga yang berjanggut menyebat gadis tersebut.

 
Sekumpulan lelaki melihat kejadian sebatan itu.

 
Remaja itu menangis ketika disebat di bahagian punggung dan berkata: "Tolong hentikan."

 
Selepas 37 kali disebat, gadis itu dibawa memasuki sebuah bangunan.
Seorang komander Taliban, Navid Khan mengesahkan kejadian itu.

 
Namun, seorang ulama di Lembah Swat menyatakan sebatan itu bertentangan dengan undang-undang syariah.

 
Pembikin filem dokumentari, Samar Minallah yang tinggal di Lembah Swat selama dua tahun pada lewat 1990-an menyerahkan klip video itu kepada pihak media.

 
Menurut Samar, klip video itu diedarkan kerana Taliban mahu orang ramai melihatnya.

 
Dia berkata, kejadian itu berlaku 10 hari lalu selepas perjanjian damai dimeterai antara kerajaan wilayah tempatan dengan Taliban yang kemudian menguasai sistem undang-undang Lembah Swat.

 
Taliban ialah kumpulan yang mengamalkan undang-undang Islam ketat dan pernah memerintah Afghanistan sebelum disingkirkan oleh tentera perikatan diketuai Amerika Syarikat pada 2001.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...