Thursday, 5 January 2012

Veena Malik Saman FHM India Kerana Ubah Gambarnya Menjadi Bogel


Islamabad – Seorang aktress Pakistan yang terkenal dengan kontroversi, Veena Malik memfailkan saman ke atas sebuah majalah di India, mendakwa majalan berkenaan telah mengubah gambarnya sehingga menjadi bogel.

Veena turut meminta supaya FHM India menarik balik semua keluarannya dan membayar pampasan sebanyak AS2 juta kepadanya.

Menurut peguamnya, Ayaz Bilawala berkata, perbuatan majalah FHM India itu telah menyebabkan Veena berasa ditipu.

“Veena berasa ditipu. Dia ada menjalani penggambaran, namun tidak berbogel dan memakai pakaian.

“Malah gambar yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan dia memakai pakaian,” kata Ayaz.
Majalah FHM India untuk keluaran Disember itu memaparkan gambar Veena yang berbogel, dengan hanya tangannya menutup payudara manakala kakinya disilangkan.

Sementara lengan kirinya bertatu dengan tulisan ISI iaitu singkatan untuk agensi perhidmatan risikan Pakistan.

Gambar tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk Pakistan terhadap perbuatannya yang disifatkan sebagai tidak bermaruah dan memalukan.

Namun Veena mendakwa gambar itu telah diubah menggunakan teknik komputer sehingga menampakkannya berbogel.

Dalam pada itu, Editor majalah FHM India, Kabeer Sharma berkata pihaknya sudah menerima tuntutan saman berkenaan.

Beliau bagaimanapun mempertahankan bahawa ia adalah gambar bogel Veena yang sebenar.
Pihaknya juga, kata Kabeer mempunyai bukti rakaman video ketika penggambaran yang menunjukkan Veena berbogel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...