Monday, 23 January 2012

Sekumpulan Gadis Tayang Payudara Untuk Bantah Pelacuran


 

DUA hari lalu, sekumpulan gadis menayangkan buah dada di Stadium Olimpik Kiev, Ukrain bagi membantah aktiviti pelacuran untuk pelancong asing yang datang ke negara itu sempena EURO 2012.

Mereka berdiri di depan stadium sambil memegang sepanduk yang antaranya bertulis “EURO 2012 without prostitution” (EURO 2012 tanpa pelacuran).

Sebiji bola kecil berwarna kuning dengan tulisan “Ukrain” dilihat digantung pada satu-satunya pakaian yang dipakai untuk menutup bahagian sulit mereka iaitu seluar dalam.


 
Kumpulan aktivis wanita itu didakwa mengambil kesempatan mengadakan protes di saat ibu negara Ukrain, Kiev menjadi tumpuan duniamenjelang pesta bola sepak Eropah, EURO 2012 yang bakal dianjurkan di negara itu.

Jurucakap kumpulan itu, Inna Shevchenko mendakwa UEFA telah memujuk kerajaan Ukrain untuk membenarkan aktiviti pelacuran kepada pelancong asing semasa temasya bola sepak eropah yang bakal dianjurkan mulai Jun tahun depan.

Kumpulan aktivis itu juga berpendapat bahawa industri kecantikan merupakan satu bentuk pelacuran. Bagaimanapun, demonstrasi itu akhirnya berjaya dihentikan dan kesemua mereka ditahan oleh pihak polis sebelum sempat berarak keluar dari stadium.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...