Tuesday, 17 January 2012

Sanggup Jual Buah Pinggang Sendiri Kerana Nak Beli iPad 2

Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000.

Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.

“Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang” kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, “semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang”. 

Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.

Pemerdagangan organ secara online adalah lumrah di China walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan tersebut.

Menurut statistik, terdapat lebih daripada sejuta rakyat di China yang memerlukan pemindahan organ setiap tahun tetapi hanya sekitar 10,000 sahaja yang menerima penderma organ. Hal ini membawa kepada pemerdagangan organ secara berleluasa di China.

Ibu Zheng, Miss Liu, kemudiannya memberi respon, “apabila dia (Zheng) pulang, dia mempunyai sebuah laptop dan set Apple baru”. “Saya ingin mengetahui di mana dia mendapat wang dan kemudiannya dia mengaku” tambah Miss Liu sambil menunjukkan kesan pembedahan di badan Zheng.

China memang sebuah negara yang dianggap masyarakat dunia sebagai ‘materialistic’ dan negara ‘capitalist’ baru. – The Telegraph

1 comment:

  1. Saya, doktor George Ben, dari hospital dallas county, oleh pentadbiran hospital diberi peluang untuk membuat iklan bagaimana saya mula bekerja di internet dan anda berada di luar, seperti tahun yang anda beli organ seperti buah pinggang telah bermula lagi. Jika anda ingin menjual buah pinggang anda, jangan ragu untuk menghubungi hospital dengan e-mel berikut: Pakar Pembedahan Organik Dallas County dan derma tidak ada risiko, kami membayar wang yang baik dan kami berada di Iowa USA.
    dan ini adalah e-mel kami:
    info.dallascountyhospital@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...