Tuesday, 10 January 2012

Fakta-Fakta Menarik Tentang Payudara Wanita

Payudara mungkin menjadi bahagian yang paling indah dari tubuh wanita. Bukan sahaja membangkitkan hasrat seksual, payudara juga melambangkan keindahan dan kewanitaan.
Payudara wanita mulai tumbuh ketika memasuki masa akil baligh. Selama akil baligh, kadar hormon dalam tubuh mengalami perubahan menyebabkan payudara mula membesar dan mengalami pertumbuhan, serta tanda bermulanya tempoh haid.

Ini beberapa fakta menarik mengenai payudara wanita, seperti disiarkan timesofindia, Rabu (4/1/2012):

1. Payudara kiri biasanya lebih besar
 
Saiz kedua-dua payudara agak sukar dibezakan, tetapi payudara kiri biasanya lebih besar daripada yang kanan. Saiz payudara tidak pernah hampir sama. Puting juga mempunyai pelbagai saiz dan arah yang berbeza.

 
2. Payudara mempunyai rambut dan boleh tumbuh jerawat

 
Setiap wanita mempunyai sekitar 2-15 helai rambut di bahagian gelap payudara. Payudara juga boleh ditumbuhi bintik hitam dan jerawat. Jadi, selalu lakukan rawatan khusus payudara anda.

 
3. Berat payudara rata-rata 0.5 kg

 
Berat payudara wanita rata-rata sekitar 0.5 kilogram. Setiap payudara menyumbang sekitar 4-5 peratus dari lemak tubuh, dengan demikian 1 peratus dari berat jumlah keseluruhan tubuh rata-rata wanita. Payudara boleh semakin membesar bila wanita membesar dewasa dan memiliki tubuh yang gemuk. Juga perlu diingat bahawa wanita perokok akan memiliki payudara lebih kendur berbanding bukanperokok.

 
4. Lebih dari 2 juta wanita mempunyai payudara palsu

 
Pamela Anderson, Katie Price dan lebih dari 2 juta wanita lain telah melakukan implan payudara. Angka ini menunjukkan betapa ramai wanita berfikir tentang payudara mereka. Rata-rata usia wanita yang mendapatkan implan adalah 34 tahun.

 
5. Payudara wanita menjadi lebih besar apabila terangsang

 
Sama seperti zakar pada lelaki, payudara wanita juga akan membesar dan menjadi lebih tegang apabila terangsang. Hal yang sama juga berlaku untuk puting.

 
6. Payudara boleh berubah bentuk

 
Kedengarannya aneh, tapi posisi telungkup kadang-kadang dapat mengubah bentuk payudara anda. Sentiasa cuba posisi tidur sehingga anda menjaga kekencangan dan bentuk payudara anda. Posisi tidur yang terbaik adalah tidur sisi, dengan bantal di bawah menyanggah dan memberi sokongan pada payudara apabila anda tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...