Thursday 5 January 2012

Atlet Bina Badan Berbogel Serang Suami Isteri Hingga Parah


COLTON: Polis California berkata, seorang atlet bina badan ditahan dalam keadaan berbogel kerana menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka, semalam, menyebabkan mangsa cedera parah.

Ruben Arzu, 22, dipercayai berada dalam keadaan separuh sedar kerana dipengaruhi steroid dan pelbagai dadah lain.

Disebabkan mempunyai badan seberat 140 kilogram, empat anggota polis dan dua senapang pegun terpaksa digunakan untuk menahan Arzu.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada pasangan suami isteri itu beberapa minit sebelumnya.

“Mangsa mengadu ada lelaki berbogel di depan rumah mereka,” katanya.
Apabila ditegur si suami yang berusia 35 tahun, katanya, Arzu menyerang mangsa sehingga mengalami trauma di kepala.

“Isteri mangsa menghubungi talian kecemasan 911 sebelum dia turut dibelasah suspek,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...