Sunday 1 January 2012

Kaka Dan Isterinya Telah Memeluk Islam Di Masjid Dubai



Nih berita baru dan gambar baru.. Heboh di dalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai. Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih. Kalau berita nih benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat islam di dunia nih. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..




Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar. Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih. Mungkin kaka telah memeluk agama islam. Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema, Nuri sahin, Hamid altintop, Mesud ozil dan Khedira. Aku tahu sikit-sikit jer tentang depa nih sebab aku tak minat dengan pasukan nih.Ini kerana pasukan nih merupakan musuh utama pasukan kegemaran aku Barcelona. Disini aku sertakan link facebook bapak arab yang mengatakan pengislaman Kaka nih.  .(Klik Sini).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...