Seorang lelaki, Erick Williamson (gambar) didapati bersalah oleh seorang hakim, Ian M. O'Flaherty di sebuah mahkamah di negeri Virginia kerana berbogel di rumahnya.
Kes itu dibicarakan selepas dua wanita menyatakan mereka melihat Williamson berbogel pada Oktober lalu walaupun dia tidak melakukan perbuatan tersebut di luar rumahnya.
"Saya menganggap bahawa dibicarakan dan kemudian didapati bersalah kerana melakukan perbuatan seperti ini (berbogel) adalah melampau. Saya berasa seperti tinggal di dalam balang ikan," kata Williamson.
Semasa memberi keterangan, lelaki itu menyatakan dia tidak berhasrat untuk mendedahkan tubuhnya dan cuma melakukan apa yang dianggap sebagai 'kebebasan peribadi' apabila berbogel beberapa jam ketika mengemas barang-barangnya.
Polis, pendakwa raya dan dua saksi berkata, Williamson berbogel kerana mahu menarik perhatian orang ramai terhadap dirinya.
Saksi pertama, Joyce Giuliani berkata, semasa memandu melintasi rumah lelaki itu, dia melihat Williamson sedang berbogel di belakang tingkap rumahnya.
Williamson yang merupakan seorang pemandu komersial dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan.
Namun, hukuman itu tidak akan dilaksanakan jika Williamson didapati tidak melakukan sebarang kesalahan lagi. Dia merancang untuk membuat rayuan berhubung hukuman itu.
No comments:
Post a Comment