Tuesday 3 January 2012

Lelaki Ini Kembalikan Wang $17,000 Yang Ditemui Kepada Pemiliknya

ILLINOIS - Banyak orang bermimpi memiliki duit banyak hanya dengan bergoyang kaki. Tapi tidak bagi Robert Adams.
 
Lelaki berusia 54 tahun asal Rolling Meadows, Illinois ini baru saja melakukan tindakan yang jarang berlaku dengan mengembalikan wang sebanyak 17 ribu dollar AS .

 
Adams, seperti dikutip Associated Press, JumAat (10/6/2011), menceritakan peristiwa bermula ketika dia menemukan beg plastik berisi wang yang kebanyakan dalam pecahan 20 dollar dan 100 dollar ketika menunggu giliran menggunakan ATM di Rolling Meadows.

 
Adams cuba mengembalikan beg yang di atasnya bertuliskan ‘Chase’ tersebut ke cawangan bank terdekat, namun pekerja bank mengatakan beg itu bukan milik mereka.

 
Polis akhirnya menetapkanbeg itu adalah milik perusahaan trak lapis baja Loomis.

 
Loomis mengatakan mereka sedang menyelidiki kes ini, namun tak menjelaskan apakah Adam akan mendapat hadiah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...