GAYA lenggok tubuh dan bentuk badan yang halus serta menawan, model ini nampaknya begitu sempurna sebagai calon untuk kempen bra yang dijalankan.
Namun jika anda perhatikan betul-betul, model yang kelihatan mengiurkan dengan dadanya yang terbonjol ini sebenarnya adalah seorang lelaki.
Ia bertujuan untuk meyakinkan pengguna bahawa produk bra keluaran merekamampu menonjolkan payudara meskipun ia terlalu leper.
Model lelaki itu digunakan bagi membuktikan, Mega Push-up Bra mampu "menonjolkan payudara anda sehingga dua kali mangkuk coli".
Serb Andrej kelahiran Autralia itu telah menempa nama di dalam dunia permodelan melalui pelbagai jenama terkenal termasuk Jean Paul Gaultier.
Kempen iklan bra dengan strategi ganjil itu menjadi topik hangat di Belanda,malah ia menjadi trend perbualan hangat di laman-laman sosial beberapa jam selepas ia dilancarkan.
No comments:
Post a Comment