Sunday, 1 January 2012

Pelik! Kejadian Hujan Duit 2 Hari Berturut-Turut Berlaku Di Sungai Siput, Perak

Kebiasaan nyer kita dengar hujan batu ade lah..tapi nih satu fenomena yang aneh di SUNGAI SIPUT,PERAK apabila mendapati puluhan kepingan wang syiling jatuh dari langit.


BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.
Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.


PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Agak agak korang ape puncenyer eh?? orang tabur duit dari langit?? or mesin atm terbang dibawa ribut???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...