Sunday 1 January 2012

UFO Seperti Kapal Angkasa Star Wars Ditemui Berlegar Di Moscow

Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan berlegar-legar di bangunan Kremlin di sini mengejutkan penduduk Rusia.
 
Menurut beberapa saksi, UFO itu sama seperti imej kapal angkasa Imperial dalam filem Star Wars.

 
Imej itu yang dirakamkan pada waktu malam dari sebuah kereta oleh jurugambar amatur disiarkan berulang kali dalam laporan berita di negara tersebut.


Satu klip UFO berbentuk tiga segi itu yang berlegar-legar di Medan Merah di sini turut disiarkan di laman YouTube di Internet.
 
Seorang peminat UFO yang pernah bekerja dengan Jabatan Pertahanan Britain selama tiga tahun berkata, klip itu merupakan yang paling ganjil pernah dilihatnya.
 
Dia berkata: "Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan satu pantulan tetapi ia kelihatan berada di belakang satu garisan tenaga sekali gus teori pantulan tersebut tidak boleh digunakan."

Setakat ini polis Rusia enggan memberikan sebarang komen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...