Friday 2 December 2011

Lebih 5000 Penonton Banjiri Konsert Pitbull Di Sunway Lagoon

Pitbull 
PETALING JAYA: Hujan lebat tidak menjadi halangan peminat-peminat penyanyi rap popular Pitbull membanjiri Sunway Surf Beach di Sunway Lagoon menonton persembahan penyanyi tersebut.
Kira-kira lebih 5000 penonton menyaksikan acara selama 45 minit yang berlangsung tanpa henti itu.

Biarpun hujan lebat menyebabkan konsert tersebut dilewatkan lebih sejam, namun penonton tetap terhibur dengan persembahan bertenaga dari penyanyi berasal dari Amarika Syarikat itu.
Persembahan yang dibuka oleh penyanyi Mizz Nina mengamatkan lagi suasana apabila membawa lagu-lagu popularnya Take Over dan What You waiting For.
Penonton tetap terhibur biarpun hujan lebat 
Keadaan menjadi lebih meriah apabila Pitbull muncul dengan pakaian sut hitamnya.
Penyanyi berumur 30 tahun itu, mendendangkan lebih 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular seperti I Know You Want Me (Calle Ocho), Hotel Room Service, Shut It Down, Hey Baby (Drop It To The Floor), On The Floor dan Rain Over Me.
Ini merupakan penampilan kedua Pitbull di Kuala Lumpur, selepas menjadi artis jemputan dalam satu persembahan pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...