Friday, 30 December 2011

Anak Gadis Jadi Hamba Seks Bapa Selama 24 Tahun



Pelaku sumbang mahram, Josef Fritzl sekali lagi cuba menutup muka pada hari kedua perbicaraan membabitkan tuduhan merogol anak perempuannya sehingga melahirkan tujuh orang anak.

"Dia berasa amat malu," kata peguamnya, Rudolf Mayer memberitahu televisyen Austria apabila ditanya mengenai perbuatan Fritzl menutup muka menggunakan sekeping fail biru bagi mengelak gambarnya dirakam.

Media Austria menyiar berita mengecam lelaki berumur 73 tahun itu pada hari pertama perbicaraannya setelah dia mengaku melakukan sumbang mahram, merogol dan mengurung mangsa.

Namun, dia mengaku tidak bersalah ke atas dakwaan membunuh dan melakukan perhambaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

"Inilah syaitan," kata akhbar Kleine Zeitung di samping gambar Fritzl yang menyembunyikan wajahnya pada hari pertama perbicaraan berlangsung.

"Pengecut ke akhir hayat," tambah tabloid Kronen Zeitung.

Lelaki itu berdepan soalan bertubi-tubi pada hari kedua perbicaraan selepas dia dipaksa melihat video keterangan anak perempuannya, Elizabeth yang pernah dikurung di sebuah bilik bawah tanah dan dirogol berulang kali selama 24 tahun.

Keputusan kes tersebut akan diketahui Jumaat ini atau esok jika proses perbicaraan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...