Wednesday, 28 December 2011

Bunuh Ibu Kerana Larang Main Playstation

Philadelphia - Sungguh gila. Seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri kerana alasan yang sangat mengarut, yakni dilarang bermain konsol game PlayStation.

Si anak derhaka bernama Kendall Anderson, usianya baru 16 tahun. Awal mulanya, sang ibu yang bernama Rashida Anderson geram kerana anaknya berbuat nakal. Maka sebagai hukumannya, dia mengambil PlayStation Kendall dan melarangnya bermain.





Rabu (23/2/2011), Kendall rupanya tidak mahu dilarang main game kesukaannya. Maka keduanya pun bertengkar sampai hampir dua jam lamanya,  kemudian ibunya masuk kebilik untuk tidur.


Namun Kendall mempunyai niat sangat jahat.Dia menyusup ke bilik ibunya dan menghentam tubuh  ibunya yang sedang tidur dengan tukul besi sebanyak 20 kali. Ibu pun tewas meninggal dunia.


Semua perbuatan itu diakui sendiri oleh Kendall, yang telah ditangkap oleh polis di wilayah Philadelphia, Amerika Syarikat. Ketika melihat ibunya sudah tak bernyawa, dia kemudian cuba menghilangkan jejak dan menguburnya di luar rumah.

.
"Jika saya boleh saya tidak akan melakukannya. Saya sangat merindukan ibuku, dia adalah satu-satunya orang yang memperhatikanku,"kata Kendall dalam proses persidangan untuk mempertanggungjawabkan aksi kejamnya itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...