PHOENIX: Seorang lelaki yang menggigit anjing polis selepas dia diserang haiwan itu, menyaman pihak berkuasa semalam.Dalam samannya, Erin Sullivan, 33, mendakwa anjing polis itu mencabul hak asasinya.
Dia juga mendakwa menjadi mangsa kekerasan berlebihan oleh polis apabila menggunakan anjing berkenaan bagi menahannya.Sebelum itu Sullivan dikejar pihak berkuasa apabila melarikan diri daripada anggota keselamatan yang cuba menahannya berhubung kes kecurian.
Kejadian berlaku tahun lalu.Apabila anjing polis itu berjaya menyambar anggota badan Sullivan, dia kemudian membalasnya dengan menggigit haiwan itu sehingga cedera.
Sullivan menamakan pentadbir Phoenix dan Glendale serta empat anggota polis dalam samannya.Dia menuntut pentadbir Glendale membayar ganti rugi AS$200,000 (RM604,799) dan AS$250,000 (RM755,999) dari Phoenix.Sullivan kini dipenjara lapan tahun atas kesalahan mencuri di Glendale. - AP
No comments:
Post a Comment