Virginia Valdez
CALIFORNIA: Seorang wanita ditahan kerana cuba memotong kemaluan suaminya menggunakan gunting.
Virginia Valdez, 67, ditahan atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya, penderaan pasangan dan penganiayaan.
Rochelle Road, Palm Springs lokasi dimana Virginia Valdez telah ditangkap.
Polis di Palm Spring bagaimana pun membebaskan wanita itu setelah dia embayar ikat jamin 64,000 pound (RM314,110).
Pasangan itu yang telah berkahwin selama tiga puluh dua tahun,tetapi sejak akhir-akhir ini pasangan ini sering bermusuhan akibat krisis rumah tangga.
Sarjan Melissa Desmarais berkata, “Mangsa yang berusia 62 tahun telah menelefon dan membuat laporan isterinya cuba memotong kemaluannya dengan gunting menyebabkan dia cedera.”
“Mangsa menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya. -Agensi
No comments:
Post a Comment