Long Shilu, 48, orang kurang upaya [OKU] tinggal di kampung Lianmeng, Bishan, Chongqing, Kakinya yang panjang lumpuh dalam insiden perubatan ketika berusia 8 bulan, mengakibatkan otot kaki telah menguncup begitu serius. Long bergantung kepada tangannya menyokong badan ketika merangkak untuk mendapatkan keperluan diri. Oleh sebab tidak boleh melakukan kerja manual, maka Longmenggunakan kerbau untuk mengambil upah melakukan kerja-kerja di ladang orang lain.
Kini kerbau yang amat disayanginya sedang hamil. Kerbau betinanya ibarat sahabat paling rapat dan teman sejatinya. Longtidak sanggup untuk menunggang kerbaunya, malah setiap hari beliau menyediakan makanan istimewa seperti memasak bubur jagung dan labu untuk kerbaunya.
Yang lebih mengagumkan ialah Long membiarkan kerbau bunting tinggal di dalam rumah kecil dua bilik, supaya terhindar daripada nyamuk dan cuaca yang sejuk.
Sumber: http://globaltimes.cn
No comments:
Post a Comment