Sunday, 4 December 2011

Tawau Digoncang Gempa Bumi

Tawau Digoncang Gempa Bumi pada 2 Disember 2011 120 tengahari 

Suasana kelam-kabut menyelubungi kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Titingan, di sini, apabila penduduk bertempiaran keluar dari rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri selepas rumah pangsa empat tingkat didiami mereka bergoncang akibat dua kejadian gempa bumi yang berpusat di Semenanjung Minahassa, Indonesia, semalam.


 
Gambar hiasan akibat gempa bumi.



Gegaran kira-kira jam jam 1.20 tengah hari dengan kekuatan 5.5 skala Richter menyebabkan semua penduduk rumah pangsa berkenaan bergegas lari ke kawasan lapang berhampiran.

Malah, ada antara mereka masih enggan memasuki rumah masing-masing selepas kejadian itu berikutan bimbang berlaku gegaran lebih kuat.


Seorang penduduk, Badriansyah Mohd Hamdi, 47, berkata dia bersama beberapa lagi penduduk bergegas meninggalkan rumah apabila merasai rumahnya seakan-akan bergoncang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...