Teh Tarik
Apabila melihat sahaja orang minum teh ais atau teh tarik, pasti kita akan memesan minuman tersebut kerana tidak tahan dengan warna yang cukup menarik. Tetapi pernah anda tahu bahawa kedua-dua minuman tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.
Satu kajian telah dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine membuktikan bahawa pengambilan teh ais yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Petikan dari akhbar Times of India, teh ais sebenarnya mengandungi oksalat (oxalate acid) pada kuantiti dan konsentrasi yang tinggi. Oksalat merupakan salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.
Dr John Milner pernah menyatakan bahawa teh panas juga sebenarnya boleh memberi kesan buruk yang sama. Hakikatnya, kebanyakkan orang lebih cenderung untuk meminum teh ais berbanding teh tarik panas ketika haus. Malah, tidak hairan ada orang yang sanggup mengambil teh ais setiap kali mengambil makanan.
Teh Ais
Menurut satu kajian dari peneliti Iran dan British Medical Journal menyatakan bahawa pengambilan teh panas juga boleh meningkatkan risiko Barah Kerongkong. Statistik pernah menunjukkan bahawa lebih 500,00 orang meninggal dunia akibat Barah Kerongkong. Tambahan pula, penyakit ini tersebar luas terutamanya di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Disarankan supaya menunggu beberapa minit sebelum meminum air panas bagi mencegah barah kerongkong ini.
Oleh sebab itu, Dr John Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Selain itu, Bayam, Coklat, Kekacang, Garam dan Daging juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh.Kesimpulannya, minuman air kosong adalah lebih berkhasiat berbanding dengan minuman lain.
Kredit: Sumber

No comments:
Post a Comment