Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di China terbakar hampir 14% tubuhnya selepas dicurah petrol dan dibakar oleh bapanya sendiri, Cao Xiaoming yang menghadapi masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian.
Akibat dibakar, kanak-kanak tersebut yang hanya dikenali sebagai Niu Niu menghadapi risiko buta mata dan hampir keseluruhan mukanya hangus.
Tragedi malang itu berlaku pada 19 November lepas ketika Niu Niu baru menyambut ulang tahun kelahiran ketiganya di rumah datuknya, iaitu bapa mertua suspek.
Pada hari kejadian, Xiaoming dikatakan mengheret anaknya dan mencurahkan dua botol petrol di muka dan badan Niu Niu. Tangisan anak kecil itu tidak dihiraukan Xiaoming yang terus menghidupkan pemetik api dan menghalakan ke arah Nui Nui.
Mujur beberapa orang jiran yang melihat tragedi itu bertindak memadamkan api dan menghantar Nui Nui ke klinik berhampiran.
Ibu Nui Nui dilaporkan mahu bercerai dengan suaminya kerana suaminya itu sering mabuk, panas baran dan suka berjudi.
No comments:
Post a Comment