Wednesday, 7 December 2011

Cara Berkesan Mengawal Pemandu Bas


Sebuah syarikat bas di China telah melancarkan satu kempen baru ‘memandu dengan selamat’ – dengan menggantung mangkuk besar berisi air di sebelah pemandu bas.


Longxiang Public Bus Company di Changsha, wilayah Hunan, berkata pemandu-pemandu mesti memandu dengan cermat untuk menghindari air daripada tertumpah.


Pemandu-pemandu bas dikehendaki memastikan mangkuk berisi air itu masih penuh apabila mereka menamatkan trip perjalanan mereka, menurut laopran Xiaoxiang Morning Post.

Dan syarikat memberi amaran kepada pemandu mereka melalui pemantauan daripada CCTV itu yang akan dikaji untuk memastikan mereka tidak menipu dengan menambah mangkuk dengan air.


“Penumpang-penumpang sering merungut pemandu bas sering menekan brek dengan mengejut dan pemanduan yang teruk membuatkan mereka benar-benar tidak selesa pada di dalam bas,” menurut seorang jurucakap syarikat.


“Mangkuk-mangkuk yang tergantung berisi air akan mengurangkan tindakan mereka daripada membuat permulaan perjalanan dengan mengejut, membrek secara tiba-tiba atau membuat pusingan bas dengan kasar.”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...