Seperti yang dijanjikan oleh Hugh Hefner, isu terbaru majalah Playboy telah dikeluarkan sehari awal dari tarikh yang sepatutnya.
Tapi kali ini, dengan wajah Lindsay Lohan sebagai cover muka depan majalah Playboy, ia pasti menarik lebih ramai peminat dan pengkritik-pengkritik di seluruh dunia.
Sebelum ini, umum tahu banyak kontroversi yang melanda Lindsay Lohan dan dia juga sudah tidak dipandang tinggi lagi oleh beberapa orang Hollwood sehingga pernah timbul isu Insiden Memalukan, Lindsay Lohan Dihalau Dari Parti Marc Jacobs! Namun begitu, beberapa hari lepas Hollywood telah digegarkan dengan isu muka depan majalah Playboy. Lindsay Lohan telah menjalani penggambaran bertemakan Marilyn Monroe.
Kali ini, gambar-gambar Lindsay Lohan telah tersebar dalam keadaan bogel dan hanya menutup alat sulit tetapi mendedahkan buah dada. Ia sememangnya tidak sesuai untuk ditayangkan kerana sebelum ini dia adalah bintang idola remaja dan kanak-kanak dari seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment