Ramai antara kita belum mengenali pembuat atau pereka aplikasi permainan Angry Birds yang sedang hit dan menjadi kegilaan di kalangan pencinta games seluruh dunia.
Gaun petang yang dipakai oleh isteri Peter Vesterbacka, pemilik Rovio, syarikat pereka aplikasi permainan popular 'Angry Birds' yang menjadi kegilaan masyarakat dunia menghiasi suasana di istana Presiden Finland. Gaun elegan yang dipakainya menjadi tumpuan dan perhatian para jemputan Istana Presiden Finland hari ini kerana mengandungi logo besar mata burung 'Angry Birds'.Mereka hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaan Finland.Presiden Halonen tahun ini telah menganugerahkan pingat dan hadiah kepada lebih daripada 4,000 rakyat Finland untuk menghargai pencapaian mereka mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing.
Teija Vesterbacka isteri kepada Peter Vesterbacka iaitu pemilik syarikat Rovio yang telah mencipta game Angry Birds.
Teija Vesterbacka dengan rekaan fesyen gaun elegan mengandungi logo besar mata burung 'Angry Birds'
Popular: Permainan Angry Birds telah menimbulkan sensasi diseluruh dunia dan telah dilancarkan pada bulan Disember 2009.
No comments:
Post a Comment