Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari kumpulan Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut terbahagi kepada lebih dari 12.000 kumpulan, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika.
Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang kadang-kadang terdiri dari ribuan semut per koloni.
Jenis semut dibahagi kepada semut pekerja, semut jantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan menguasai sebuah daerah luas untuk menjalankan kegiatannya. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni ini membentuk sebuah kesatuan.
1. Semut Honeypot Myrmecocystus
Semut di iklim kering harus menyimpan makanan untuk bertahan hidup lama kerana jarang ditemui. Di padang pasir Amerika Utara, semut honeypot Myrmecocystus menggunakan tubuh sebagai wadah yang hidup, tubuh semut ini membengkak kerana cairan simpanan, dan dibawa ke sarang pasangan.
2. Semut Harpegnathos Saltator
Semut pelompat India, Harpegnathos saltator, adalah salah satu jenis semut yang pertama mempunyai genome sequencing.
3. Semut Podomyrma
Seekor semut Podomyrma cenderung mendekati ulat Lycaenid di Australia Selatan. Ulat ini mengeluarkan zat-zat yang menarik bagi semut, dan semut pada gilirannya memberikan perlindungan dari parasit. Semut sangat bertambah, banyak spesies lain telah datang untuk bergantung pada semut ini dalam berbagai cara.
4. Semut Malagasi
Di antara keanehan keluarga semut adalah misteri Malagasi semut (Mystrium spesies), yang merupakan pemangsa penghuni hutan hujan daun luruh.
5. Semut Cecropia
(Azteca alfaroi) penjaga pokok dengan bersungguh-sungguh terhadap penyusup (intruder) . Bekerja bersama-sama, semut ini mengepung dan melumpuhkan lawan-lawan dengan menyepit lawan hingga lemas.
Kisah semut dalam al-Quran
Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
Surah An-Naml, ayat 18
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah An-Naml, ayat 19
Istimewanya Makhluk Allah Ini
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.
Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut
1. Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah An-Naml, ayat 19
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
No comments:
Post a Comment