Sunday, 11 December 2011

Jejak Kasih: 5 Tahun Kucing Ini Hilang, Kini Dipertemukan Semula


Kucing yang di dalam gambar ini namanya Willow, seekor kucing betina. Yang menariknya berkenaan kucing ini ialah ia baru dipertemukan dengan keluarganya setelah 5 tahun hilang ataupun terpisah.. perghh!!


Kehilangannya semenjak tahun 2006 dan ditemui di New York yang jaraknya sejauh 16,000 batu dari tempat asalnya. Memang menjadi suatu misteri, bagaimana si Willow ini boleh merantau sejauh itu? Bagi keluarga Squires, perkara ini memang ajaib. Namun keajaiban itu tidaklah menjadi suatu yang pelik juga kerana semasa Willow anak kucing lagi mereka telah memasang cip pengesan pada Willow. Oh! Patutlah boleh dapat balik. Mereka sangkakan Willow telah dimakan oleh binatang buas. Nasib baik tidak..


Harapan selama 5 tahun yang telah hilang menjelma menjadi suatu bait-bait keindahan setelah mereka menerima satu panggilan telefon daripada pusat jagaan haiwan Animal Care & Control New York. Ia merupakan suatu kejutan apabila pusat jagaan haiwan tersebut meminta keluarga Squires datang ke New York untuk mengambil Willow semula.


Inilah keluarga Jack Squires berserta anak dan isterinya yang begitu gumbira dapat bertemu kembali dengan Willow. Bagi anaknya Shelby (17) dan Jack (10), mereka sememangnya amat mengingati Willow melainkan Lauren yang baru berusia 3 tahun tidak tahu menahu berkenaan Willow.


Pertemuan mereka ini telah diaturkan di Hilton New York dengan kehadiran para media kerana kehilangan selama 5 tahun dan keupayaan Willow menggembara sejauh 16,000 batu merupakan suatu perkara yang luar biasa. Malahan berat badan Willow yang kini berusia 7 tahun juga seperti kucing yang terjaga iaitu seberat 3 kilo, sukar untuk diterima akal kerana dia dipercayai hidup merempat. Tetapi kan, aku rasa kucing nih dijaga dari tangan ke tangan nih. kalau betul dia merempat takkan body solid macam nih.

Punca kucing Willow ini hilang adalah semasa rumah keluarga Squires di ubah suai, sampai Willow yang kecik lagi waktu tuh sesat sampai 16,000 batu. Nasib baik lah depa boh microchip dalam badan Willow.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...