Sunday, 11 December 2011

Nah! Ambek Kau!! I Love U Sangat!!

Kononnya romantis sangat lah tu. Sampai naik kren untuk melamar si gadis pujaan.



Mamat Cina ini bernama Zhu Lei's, kau orang cuba tengok apa yang dia nak buat nih. Hah! Dia nih dah syok kat satu minah yang kononnya bekerja sebagai pembaca berita di sebuah televisyen swasta di wilayah timur China. Kejadian ini pula berlaku di sebuah flat di Fuyang timur negara China. Mamat ini punyalah "excited" dia nak melamar gf nya yang bernama Na Na. Ini memang panggilan nama untuk gf dia nama Na Na.



Kau orang tahu, si mamat nih dia punya nak pikat nak melamar gf dia tuh sampaikan dia tergamak menyewa sebuah mobile crane untuk mengangkat dia ke tingkat 6 flat yang mana gf dia menetap. Kira-kira 100 kaki jugalah ketinggian dari paras tanah. 

Apa yang lagi syoknya, selain si mamat nih membawa sejambak bunga rose dia juga berusaha memanggil orang syarikat televisyen dan para wartawan untuk merakamkan saat-saat indah dia melamar kekasihnya itu (kekasih sangat kew?). Selain itu, si mamat ini juga dengan berbesar hati akan uploadkan saat-saat indah itu di dalam you tube.



Sesampai saja di tingkat 6, pepatah "ku sangkakan panas kering ke tingkat 6 namun yang ku dapat basahan kuyup ayaq sejuk". Perghh! Mamat nih telah disimbah dengan air sejuk sebaldi apabila sesampai sahaja Zhu Lei di tingkat 6. Belum sempat dia melafazkan kata-kata cinta dan menghalakan banner "I Love U, Na Na" dia telah disimbah dengan air sejuk oleh kekasih hatinya. Hehe.. Sebagaimana Zhu Lei naik dengan pantasnya ke flat tingkat 6 itu, dengan pantas jugalah dia turun ke bawah. Lain pula yang jadinya. Kesian..

 

Macam-macam spekulasi yang terdengar setelah Zhu Lei disimbah dengan air sejuk. Ada yang mengatakan sebenarnya si mak gf dia yang menyimbah air sejuk tersebut bukan si gf dia. Katanya si mak gf dia tak berkenan langsung dengan bf nana tuh sebab mak dia tak suka budak bujang mak dia suka laki orang berkawan dengan anak dia. Satu lagi spekulasi mengatakan gadis yang menyimbah air sejuk itu ialah kekasih gf dia sendiri. Hah!! Apa! Lesbian ke gf dia tuh? Iskhhh! Macam-macam punya spekulasi ada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...