JET Sabre ini pernah digunakan untuk melancarkan tembakan ke arah UFO di Britain.
LONDON – Fail sulit Kementerian Pertahanan Britain yang didedahkan menyimpan maklumat seorang bekas juruterbang tentera Amerika Syarikat (AS) bahawa dia diarahkan untuk menembak jatuh sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) bersaiz amat besar di ruang udara bandar Norwich, timur England, lapor sebuah akhbar semalam.
Juruterbang itu, Milton Torres menerima arahan daripada pusat kawalan trafik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) supaya menembak semua 24 roket yang dibawa jet pejuangnya ke arah UFO itu.
Bagaimanapun, beberapa saat sebelum dia melancarkan peluru roket ke arah objek bersaiz sebuah kapal pengangkut pesawat itu, UFO tersebut tiba-tiba hilang pada kelajuan 36,000 kilometer sejam.
Insiden pelik itu didedahkan dalam fail-fail sulit Kementerian Pertahanan Britain yang diluluskan bagi tatapan umum.
“Ia seperti objek makhluk asing yang menghendap di ruang udara England.
“Namun, kita tidak akan dapat mengetahui apa sebenarnya objek tersebut,” kata Milton.
Menurutnya, peristiwa luar biasa itu berlaku pada tahun 1957 ketika dia adalah seorang pegawai berpangkat Leftenan pada usia 26 tahun dan bertugas di pangkalan udara RAF di Kent.
Pada pukul 11 malam (waktu Britain) saya diarahkan bergegas menaiki jet pejuang F-86D Sabre bagi menyerang sebuah objek yang ketika itu, berlegar-legar di ruang udara Norfolk, England.
“Saya diberitahu supaya menembak semua 24 roket yang ada pada jet saya. Saya teruja kerana kejadian itu pada kebiasaannya berlaku menjelang satu peperangan,” katanya.
Dia berjaya menghampiri objek itu pada kelajuan 1,120 kilometer sejam dan bersedia untuk menyerang apabila ia tiba-tiba hilang daripada paparan skrin radar dalam sekelip mata.
“Saya seram sejuk. Objek tersebut memiliki sistem enjin yang jauh berbeza. Ia tidak mungkin sebuah pesawat,” jelas Milton yang kini berusia 77 tahun.
“Saya seram sejuk. Objek tersebut memiliki sistem enjin yang jauh berbeza. Ia tidak mungkin sebuah pesawat,” jelas Milton yang kini berusia 77 tahun.
Dalam satu lagi fail, sebuah pesawat penumpang hampir bertembung dengan sebuah UFO ketika ia terbang rendah dan bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Juruterbang pesawat milik syarikat Alitalia, Achille Zaghetti berada pada ketinggian 6,700 meter apabila dia ternampak sebuah objek mirip sebuah peluru berpandu berukuran 3 meter panjang berada kira-kira 300 meter di atasnya.
“Saya terus berkata ‘lihat di sana’ kepada pembantu juruterbang yang terus memandang dan melihat objek yang saya lihat,” katanya.
Pegawai-pegawai kawalan lalu lintas udara juga melaporkan melihat UFO tersebut pada skrin radar mereka.
Insiden yang berlaku pada tahun 1991 juga di Kent itu turut disiasat pihak berkuasa.
Milton Torres
No comments:
Post a Comment