Wednesday 14 December 2011

Rakyat China Mula Ingin Menjadi Rakyat Prihatin

Rakyat Negara China Makin Prihatin
SEJUMLAH orang bertindak mengangkat sebuah kereta yang melanggar seorang kanak-kanak perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya
 
WENZOU, China – Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
 
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya. Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan. Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.
 
Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
 
Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa. Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu. Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...