Sunday 11 December 2011

Tak Mungkin Kerana Ayam





Kemalangan yang terjadi di England. Seorang ibu bersama anak gadisnya telah terlibat di dalam suatu kemalangan ngeri yang membabitkan lori muatan ayam, sebanyak 3000 ekor. Kesian ayam-ayam yang telah terkorban akibat daripada kecuaian pemandu lori yang telah termasuk di laluan yang salah sehingga terbalik dan menimpa peugeot 107.



Menurut sarjan trafik daerah York England, paling tidak memang penyek lempeng pemandu atau penumpang yang berada di dalam kereta merah tersebut. Sepanjang sarjan Andy Quigley bertugas selama 16 tahun, dia belum pernah melihat kemalangan sengeri ini. Tetapi mangsa nahas tersebut hidup dan hanya mengalami sikit-sikit calar.

"Iyer, kami tak menyangka bahawa mangsa nahas iaitu seorang ibu dan anak gadisnya hidup di dalam nahas ngeri ini. Kami menyangka bahawa kami akan berhadapan dengan suatu kemalangan yang mengerikan dan terburuk di daerah ini, namun keajaiban telah berlaku" celoteh sarjan trafik Andy Quigley.



"Pemandu lori ayam itu juga turut terselamat dan kami telah memanggil ambulan untuk menghantar dia ke hospital menerima rawatan lanjut. Kami masih menyiasat bagaimana punca kemalangan ini boleh berlaku. Tetapi kami kesal kerana ayam-ayam tersebut maut dengan serta-merta, tidak mungkin kerana ayam rasanya" sambung sarjan trafik itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...