Sunday 11 December 2011

Budak Yang Disusui Terus Oleh Ibu Lembu


"Segala-galanya terjadi apabila kampung Nokor Pheas ini yang terletak kira-kira 195 batu dari ibu negara Cambodia telah dilanda taufan. Ibu bapa cucu saya yang berusia 1 tahun 6 bulan ini telah putus susu ibunya".

"Anak dan menantu saya telah mencuba nasib di Thailand untuk bekerja di sana. Tha Sophat telah dijaga oleh saya sementara ibu bapanya mencari rezeki di Thailand. Dia demam untuk beberapa hari apabila tidak lagi dapat menyusu badan ibunya"


Menurut Um Oeung 46 tahun iaitu tok wan kepada Tha Sophat, semenjak bulan Julai lagi cucunya telah menetek lembu ini. Itupun setelah dia terlihat lembu yang lebih kecil daripada ibu lembu tersebut telah menetek dengan best nya nenen ibu lembu tersebut.

"Dia akan menghisap susu lembu ini apabila dia berasa lapar sebanyak dua kali pada kebiasaanya malahan ada juga melebihi daripada sekali dua, saya dah tak larat nak mendengar orang-orang kampung membebel, mereka tidak faham dengan keadaan cucu saya yang ketandusan tetek susuan, adalah lebih baik dia menetek lembu ini daripada dia menetek anak jiran saya yang semakin mekar di jambangan. kalau tidak nanti lagi haru. Su,anak jiran saya".. katanya.


"Mereka menuduh bahawa apabila cucu saya besar nanti dia tidak akan pandai sejarah, bahkan nanti cucu saya akan menyatakan negaranya tidak pernah dijajah, apa yang mereka nak pedulikan, dia ini cucu saya. cucu saya memang tak pandai sejarah tetapi dia bukanlah pemutar belit sejarah dan membuat sejarah palsu serta mengelirukan orang" bebel Um Oeung.


"Sebenarnya cucu saya kini semakin sihat bertenaga dan tidak langsung mengalami demam, selsema atau batuk-batuk. Ini lebih baik daripada kes budak-budak yang sebaya cucu saya yang ketagih rokok keretek serta ketagih gasoline serta ketagih makan ubat nyamuk" tambah Um Oeung.

Kes ini akan dimasukkan di dalam sejarah Kemboja aka Cambodia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...