Sunday 11 December 2011

Umur Lebih 100 Tahun Namun Mampu Berlari 10 Batu Setiap Hari


Fauja Singh, dilahirkan pada 1hb April 1911. Usianya melebihi 100 tahun. Walaupun tarikh kelahirannya sempena April Fool tapi ini kenyataan dan bukannya lawak.


Menurut beliau, kunci kejayaannya berlari sejauh 10 batu setiap hari ialah dengan mengamalkan makan kari berhalia dan secawan teh. Beliau pernah mencukupkan larian marathonnya sebanyak tujuh pertandingan. Bermula ketika usia 89 tahun, beliau menyertai perlumbaan marathon dan merupakan orang yang pertama mendaftarkan diri untuk kejohanan marathon Edinburgh 2012.


Selalu gembira, membuat kebajikan, menjaga kesihatan serta sentiasa berfikiran positif. Jangan buruk sangka dengan orang secara keterlaluan dan yang paling penting jangan rasa tertekan. Itulah antara faktor yang dapat melanjutkan usia beliau sehingga kini, mengikut katanya lagi.


Segala-galanya bermula ketika beliau belum berhijrah ke UK iaitu sewaktu menjadi petani di Punjab. Beliau mula berjinak-jinak dengan larian jarak jauh.

Setelah berusia 50 tahun, beliau berhijrah ke UK dan barulah bergiat dalam acara sukan tersebut. Melalui latihan yang dijalankan oleh kawannya (Harminder Singh) beliau telah memasuki acara larian marathon pada tahun 2003, 5 acara di kota London, 1 di Toronto dan satu lagi di New York. Rekod marathon untuk kategori 90 tatun kini masih di pegang oleh beliau iaitu dengan masa 5 jam 40 minit. Peergh! Lamanya.. Salut lah tok singh nih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...